Adat Berorang
Keamanan di mana-mana
Kemakrifan melata-lata
Adat dunia , kalau kalah
Tersungkur dah tak guna
Orang kuat mengacah orang lemah
Orang pintar mengusik orang bingung
Adat dunia kalau tak bertenaga
Merengek geram sendiri menanggung
Ada juga orang baik
Bahasa dikarang setiap bait
Panjang berjela sharahan dikait
Kadang tak faham
Kita dikata lok lak telinga berlapik-lapik
Adat manusia mesti ada tujuan
Adat perasaan kurang dari fikiran
Adat manusia jangan bingung
Jangan ditunggu dunia menyanjung
Kerana dunia tak sudi nak melambung.
Oleh: MAMA ,
Asmaniah Mohd Khairi.
Asmaniah Mohd Khairi.
p/s: the picture have nothing todo with this, its just seems kinda empty kalau tak letak :/
0 batu:
Post a Comment